Thursday, November 10, 2011

tagged by miss eeqa hampeh. ergh. :P

RULES
  • You must post these rules 
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU
  • LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

first and foremost, rules are made to be broken. HAHA 

me?

not a girl, not yet a woman
not too short, not too big
aiming AUDI as my own car
want to travel around Europe before the age 26 
love hiking
weirdo
hopelessly romantic
GREEN maniac
crazy for desserts!
hate with all my heart: cockroaches 
in love with SUPERMAN

Q's i have to answer..

  1. What is your passion?
GREEN. Always & forever.

  1. What is your positive and negative side of yourself? And what do you feel about each of it?
+ve: happy go lucky – its fun. ^^
-ve: mood swing – dangerous. >:/

  1. Describe yourself and your partner (if any) in one word.
Me: weirdo
Partner: SOON ;P

  1. Do you believe in KARMA? Why?
Yeap! What goes around comes around. Doesn’t it? :)

  1. What attitude do you hate most in a person? What will you react when this behaviour pops in front of you?
Being late! i will be moody in seconds. 

  1. Things you will not forget to bring whenever you get out of your house?
Me myself? Ha ha. :) anything i carry with me. you know what i mean. :DD

  1. What will you do to release yourself from STRESS?
Have a nice jogging session in a park while 'cleaning my eyes' looking at guys in short! :PP *pervert giler!

  1. Do you happy with your life now? ? Why?
You can say that I am happy with what I have now. But still, lots of dream to chase. *yah yah yah. 

  1. What do you think about right now in your mind?
How can I remove all the acne on my face right now? *sigh

  1. What do think about "the eeqa cooper theory" and the owner? :P
What u write in your blog describe what’s on your mind. I think she really IN LOVE.  Hahaha i can say it out loud right eeqa? lalala~

  1. What is the mooooooooooost hardest question a person asked you ever? 
           Will you marry me? haha kidding! every Q will have an A. :P





hurm, as any other rules, i ll just PASS. hee 


its okeh kan atiqah? :P hope kau puas.

something you know

assalammualaikum

 
this song portray few things..
 
okeh. half of it..
 
okeh. most of it lah.
okeh, im lying. this song portray everything. happy? 


enjoy. you know what i mean.

p/s: pecah hati. h a n c u r. b.e.r.d.e.r.a.i.

.end.

Friday, October 28, 2011

Dari Pandangan Mataku.

Hello! Salam 1 Malaysia dan selamat petang. Saya selaku penulis tamu a.k.a adik angkat dynoz mahu menulis disini. He he he... Jangan marah ye baby-baby sekalian! Syabas kepada baby Afy kerana akhirnya membuka mood sekalian dynoz untuk menulis kembali disini! Apelagi, guwe haruslah tumpang sekaki dong! :p

4 tahun aku mengenali dynoz. Lama tu! Kalau aku ada anak, mesti anak aku dah ada adik 2 3 orang. HAHA! Apa merepek daa.. Hmm. Kalau nak tahu, aku bukan sekelas pun dengan budak dynoz ni. Tapi dulu-dulu masa tahun 1 galak sangat melepak dengan mereka ni. So baik lah aku bersama mereka sampai sekarang.. Eceh! Bukan aku tak rapat dengan budak kelas aku, tapi dynoz ni unik tau. 7 orang, 7 macam perangai. 

Dynoz pertama yang aku kenal adalah Cik Eeqa Cooper. Aku panggil dia Tiqa la. Dari hari pertama datang UTM lagi dah kenal. Mula-mula guwe takut juge dengan minah ni. Muka emo. HAHA! Bukan emo, tapi kerek. Bila dah borak-borak, puiiiiii... boleh 'click' rupanya! Dia layan juga lagu yang aku layan. Tapi dia suka sangat Black Eyed Peas while I don't. Bila orang cakap dia emo, aku berkerut dahi kejap. Sebab aku tak rasa dia ni emo. Cuma kalau dia marah, dia diam je. Tu pun emo ke? Hmmm. Jari dia cute. Lagi cute bila dia buat gaya skyshooter. *Sila nyanyi lagu 'Skyscraper' tapi tukar jadi 'Skyshooter'* Jangan marah ye cik akak manis. Bila aku ada masalah atau nak luahkan apa-apa, dia sudi tadah telinga mendengar, dan console. Aku rasa lega je lepas tu.. Aku tak tau la habit dia ke apa, dia dan Ellisa suka exploit kemalasan aku yang tak suka tengok cerita hantu pastu tanya orang yang dah tengok. HAHA! Mesti dia akan buat aku tengok cerita tu gak last-last. Aku apa lagi, heret dia sekali la! Aku tak pernah touching pun bila kau gelak-gelakkan aku tau. Sebab nanti ended up aku gelak juga. HAHA!

Ellisa Suzrin nama diberi. Hmmmm. Makcik ni dulu-dulu emo. Sekarang dah tak emo kot? HEHE! Kuat membahan orang adalah dia punya field of expertise.Dia punya membahan tu fuhhhhhhh.. annoying gile bila dia dah start gelakkan orang. Menyabor jelah kan kalau dah kena gelak dengan dia ni. Dia ni ada sifat motherly sikit. Pandai style2 shawl kawan-kawan dia, alter-kan dress kawan dia yang labuh tu.. Kalau balik dari KL kadang-kadang dia bawa kek/brownies. Sedap-sedap! Aku je ke yang rasa Ellisa ni motherly, wahai baby dynoz sekalian? Kau ingat lagi tak apa kau panggil aku masa 1st year dulu? MHS! Sebab aku pakai baju batik MHS masa Ekspressa bangang itu. -.-" Tapi aku rasa kau ni awesome pasal kau DARE TO TRY. Lagi-lagi benda baru. Aku tau bila kau baca ni mesti buat muka kerek kan? Jangan kerek dulu pasal kau tak tengok Real Steel lagi. HAHA! Ellisa ni best sebab dia layan cerita best-best.. tolak KOREA. :p Anyway, bila Ellisa cakap sesuatu tu awesome, she really means it. Dan memang awesome pun! Tak rugi kalau minta pendapat dia dalam memilih barang. :)

Huda.. Huda.. Huda.. Budak muka paling innocent dalam dynoz. Kadang-kadang suis annoying dia terpasang juga. Nasib muka hang cute, Huda. Tak la aku annoy sangat. HAHA! Huda dulu suka 'menjajah' handphone orang lain dengan self-capture pastu buat muka dia jadi wallpaper handphone orang tu. Sungguh kejadahan! Dia ni kalau nak suruh mama dia call bila dia takde credit, dia type 'MAMA' pakai number kawan dia. Senang betei ye hang suruh mama hang call.. Huda ni muka cute, pastu ada mouse 'Hello Kitty'. Hmm. Kenapa aku relate muka cute dengan 'Hello Kitty'? Sebab Hello Kitty kan cute! Kalau dulu aku sleepover kat bilik dynoz pastu takde baju, mesti aku pinjam baju Huda. Hehehe... 

Afy! Hmmmm. Makcik ni sengal sikit. Bukan sikit, tapi banyak! Bila masuk bilik dia, aku tak tau nak landing mana. HAHAHA! Geddit Afy? :p Suka benar dengan katak. Eventhough aku tak rapat sangat dengan Afy ni, but it was nice knowing her. Bila waktu borak-borak cambest je. Good thing about her when it comes to friendship is very courageous. Sangat convincing! Cuma.. kadang-kadang dia suka spoil gambar. HAHA! Nasib la aku ni kawan kau kan jadi 'poto klape' untuk konvo haritu. Anyway, aku rasa kau dan bapak kau sangat cute! Afy, semoga kau dapat ketemu dengan O..J..tet..tet dalam masa terdekat. Hmm. Ke dah jumpa? Sungguh outdated tau kalau mak tak tau, noks!

Sara.. another cute dynoz. Sara ni kalau dah kelam-kabut, orang lain malas nak layan dia. HAHA! Tak ada angin tak ada ribut, masuk bilik Tiqa and genius, bebel-bebel cari barang lepas tu blah. Sorry la Sara bila aku tak entertain kau masa kau kelam-kabut membebel-bebel tu. Sara ni boleh dikatakan pendengar yang baik. Dan kalau minta pendapat pun, dia boleh berikan yang terbaik. Kepada jejaka-jejaka diluar sana yang mencari bakal isteri yang pandai memasak, Sara patut jadi calonnya. Sara pandai masak! Cuma aku menyampah bila Sara post makanan di Facebook waktu tengah hari. Boleh cari gaduh! HAHA! Aku rasa weird la sebab aku tak pernah hangout dengan kau tau Sara. Ke pernah? Aku rasa macam tak je... Aku rasa sangat happy bila kau dah aktif twitter balik. Sebab aku rasa kau sangat keibuan di twitter. Tak payah lap kau punya manly tears Sara. Kau kan 'bro'! :p

Zana! Atau genius. Aku rasa aku suka panggil minah ni Genius. Dari tahun satu lagi. Hehe.. Aku rasa terharu bila kau sangat bersungguh mengajar aku kalkulus masa tahun satu dulu. Sebab aku sangatlah lembapnya dengan subjek tu. Aku rasa terhutang budi la dengan skuter hang. Sebab skuter hang la aku berani naik motor sampai ke luar UTM macam sekarang. Tapi bila naik motor dengan kau, sakitlah sapa yang membonceng sebab kau suka langgar bonggol! Adoi.. Zana ni aku tak tau la telinga kuali ke apa, kalau bising macam mana pun masa dia tengah tidur, dia tak sedar. Kagum betul. Anyway Shazana, kuatkan semangat ok? Kau tak keseorangan. Kau ada keluarga, kau ada dynoz yang InsyaAllah akan selalu ada disisi kau bila saat-saat kau memerlukan. Aku minta maaf sebab aku tak dapat nak tengok-tengok hang kat KL tu. InsyaAllah bila ada masa, aku pi jumpa hang ok? Hanya doa dapat aku kirimkan dari jauh..

Mimi! Atau nama penuh Arsyamimi. Haaa.. kalau tak kenal minah ni, mesti rasa nak sekeh je kepala dia. Muka kerek! Hehe. Jangan marah ya Mimi. Tapi kalau dah kenal, layan aje dengan minah ni. Boleh kata Duta Garnier juga ni. Kan aku dah terpengaruh nak pakai Garnier jugak. Hehe! Mimi pun pendengar yang baik. Kira kalau nak bercerita, carilah dia. Dia sudi tadah telinga. Sekarang dia kat Paris *sila rujuk entri sebelumnya*. Jaga diri baik-baik tau! Kerja elok-elok. Tak lama lagi dah nak jadi tunangan orang dah. Nanti kalau kahwin, jemputlah aku. Boleh aku tag along dengan dynoz lain. Hehe.. Kau pun sama Mimi. Dynoz sentiasa ada untuk kau bila kau perlukan seseorang, ok?


7 orang. Berbagai ragam. Aku sayang semuanya. Aku nak berterima kasih kat korang sebab korang mengajar aku untuk tidak terlalu berkira, lagi-lagi dengan kawan. Bila dengan korang, aku tak pernah terasa dengan gurauan korang walaupun kadang-kala annoying gila. Tapi, kalau tak annoying, bukan dynoz lah kan?

You guys will always be my babies! 
Aku kadang-kadang rindu nak kena bahan bila aku jadi 'noob' tentang sesuatu. :)