Showing posts with label eeqa.chipsmore. Show all posts
Showing posts with label eeqa.chipsmore. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Koleksi kita-kita :)

Aku belek-belek gambar-gambar kita bersama :) Untung teknologi zaman sekarang. Dah wujud softcopy-softcopy ni. Nak harap filem? Memang tak mampu lah untuk kita mengumpul memori kita bersama :)

Amaran : Entry ini panjang gila! Mesti loading lama sebab gambar-gambar sangat bersepah.

DSI - Dinner k9 bersama Walid, keeper dengan scandal afy (aku lupe plak nama die.. HAHA) :P

Kurang satu kaki milik cik Sarah comey!

 Di depan Dewan Senat - ALUKEP tema pakai saje ape yang ada.

Di balai cerap tempat menguruskan badan :)

Cake secret recipe milik Aryana :) *Jangan lupa kitorang

Sesi belajar menunggang skuter

Di City Square tempat kita mengeringkan poket-poket kita :)

Seronok kan bila tengok ekspresi sebenar muka masing-masing? :P

Sesi budak baru belajar layan Nouvo yang banyak berjasa :)

Bila lagi mahu melayan Danga Bay gals? :)

GEOTRIP - Kita memang suke aksi panjat memanjat ni kan? :)

Di Jusco Tebrau weyh, tempat soul therapy :)

Soul therapy a.k.a makan-makan di Jusco Tebrau lagi.

Seronok kan berkampung dalam bas UTM ? :)

Bila nak takluk Melaka lagi weyh????????????

Sesi berjoget-jogetan tidak akan dilupakan :P

Zana tido berdiri . LOL

Senamrobik di Padang kawad lead by Miss Sara :)

Tiram Indah Village. Seronok kita buli-membuli kan? :)

Ehem2? Pinjam kereta sape ni kan? Cik City tuh :P

Tidak dilupakan jasa MBO Umall yang sentiasa mengubat kebuhsanan kita

Tak lupe untuk bercantik-cantik pegi wedding Juan dengan Kak Fatin :)

Wedding Yazdaan a.k.a tempat pertemuan afy dengan ehem-ehem. HAHA

Pokai nak layan Zoo Negara. Posing kat luar je pun jadilah kan?

The Mines - ingat tak macam mana tempat gila nieyh menguji kaki-kaki kita yang tak biasa bertumit tinggi ni?

Kita sentiasa bersama. Jangan lupa itu. :)

Tiba-tiba rindu banyak-banyak-banyak-gile weyh? :'( Sekarang masing-masing ada life sendiri. Jangan lupa. Blog ini penghubung kita. Jangan lupa kita masing ada handphone, masih ada Facebook, masih ada Twitter. So, tiada alasan untuk kita berhenti di sini. :)



P/S : Kawen wajib jemput :)

~XOXO~

Monday, March 7, 2011

Alhamdulillah



KAWAN,

Kami sayang engkau
Kami taknak engkau jauh
Kami taknak engkau tersasar
Tolonglah faham 
Hati kami
Niat kami

Diam, senyap, bukan maksud abai
Bukan maksud tak ambil tahu

Engkau tentu faham cara kita berinteraksi
Kami tahu kami kasar
Kami tahu hati engkau terasa
Tapi engkau seorang kawan
Walau sekasar mana bahasa
Walau sekejam mana kata-kata
Walau seotai mana cara
Aku agak engkau faham

Cara kita
Hanya kita tahu
Orang lain hanya mampu beri pandangan rasional

Aku harap engkau berlaku adil
Dengan hubungan kita, hubungan 4 tahun bersama.
:)



Saturday, January 22, 2011

Have a BLESSED and WONDERFUL day today, bro

CHARLIE!!
 Happy Birthday to you..
Allah selamatkan kamu..
Selamat Hari Lahir..
عيد ميلاد سعيد لك.



Lu memang rock ah charlie! Boleh tahan dengan perangai gilegilaknakmam kitorang nieyh. Papehal, layan jer. Dah ar pokai selalu asek kena belanje tujuh orang sekali. Harap ko tak menyesal, mana tahu ade hikmah di sebalik kan? hehe

Anyway bro, pape prob, jangan segan-segan malu-malu ayam maw share. Kalau ade orang BULI ko, ko report jer kat kitorang, kitorang jadi bonzer ko..Kata Charlie's Angels? MUAHAHAHAHA! Afy ketua bonzer - dia paling tough! :P

Last, Sempoiy weyh sepanjang wa kenal lu. Have a great journey out there.  

Happy selalu ya, cik abang :)


NAH HADIAH! SATU KETE KITORANG BAGI

Charlie, kasi hengat ayat awet muda ni :
You're not 25, you're eighteen with 7 years experience. :)

Wednesday, January 19, 2011

Kami perempuan. Kami perempuan normal. Kami straight.

Malam tadi kami bertemu seorang lelaki yang tersangatlah awkward. King Awkward bukan King Edward. Heh. Dia merupakan kenalan kepada senior tua dua tahun daripada kitorang as known as Charlie. Kira kitorang ni macam Charlie's Angels ah. Hoho




Kenapa kitorang panggil rakan Charlie ni awkward? Sebab dalam masa lebih kurang 2 jam, dia langsung tak bercakap hatta satu ayat dengan kitorang. Macam-macam usaha kitorang try nak bagi dia bercakap. Siap tanya soalan bodoh-bodoh lagi. Soalan yang adek sedara aku tak masuk tadika lagi boleh jawablah. Setakat, "Nama ko sape ye?", "Ko housemate dengan Charlie yer?", "Ko single ker double eyh?", "Ko asal mana yer?". Langsung tak jawab. Nada. Yang dia cuma tahu, Senyum.. Senyum.. Senyum.. Aku tahulah senyum seindah suria. Tapi, agak-agaklah derr. heh

***

Antara dialog yang berkenaan;

Mimie : Weyh, ko pakai cincin tuh batu ape yer?
Awkward guy : (Senyum seraya memandang Charlie)
Mimie : (Masih berusaha) Weyh, delima eyh? ker batu ape?
Awkward guy : Suasa.
Kami + Charlie : Yearghh!!!!!!!!! Akhirnya!!!!!!!!! 

Itulah satu-satunya perkataan yang kami dengar dari mulut dia malam itu. Wow! Record dunia. Sangat hebat!

***

Satu momen di mana rakan-rakan aku meninggalkan aku dengan Charlie berdua-duaan di pintu utama CS (City Square Johor Bahru);

Aku : Hurm, kawan-kawan ko memang camtuh yer? Kenapa semua kawan-kawan ko pemalu, ko tak? Hee
Charlie : HAHAHAHAHA (gelak besar). Tak tahu lah weyh
Aku : Dia memang camtu ker even borak dengan ko? Eysh. Peliklah
Charlie : Takdelah, Dia ok jer sembang dengan aku tadi. Hihi
Aku : Takdelah. Sebelum ni pun ko bawak kawan yang lebih kurang jer dengan yang ini. Sama jer pemalu.
Charlie : Eyh. Aku tak tahu kenapa, bila kawan-kawan aku jumpe korang jer diorang otomatik jadi macam tu. Dengan orang lain ok jer. Sebab korang kut. Heh
Aku : Oyte! Kitorang perempuan normal jugak.
Charlie : Perempuan ker? Kahkahkah

Syot! Senget betol! Kami still straight okeh?masih m Menuju ke jalan yang benar  :)

Monday, January 17, 2011

Akan datang.

Amboi? Cik Eeqa mula meng-sound gua sebab baru post satu entry sahaja. Hehehe.. Gua akan tulis pasal dyno dari mata gua. Original version! Chewah!

Tungguuuuu!!!

p/s : Dyno Kuat Makan dah ada 'like' button? Ini petanda bagusss! Trimas pengurus blog! :p

Thursday, January 13, 2011

Oh! Sama tapi tak serupa

Sape tengok cerita "Kau dan Aku"?
Aku bukan layan pun, cuma kadang-kadang bila astro dah buat palat ulang-ulang cerita yang same, terpaksa jugaklah usha series pelik ni. heh.

Aku tak paham kenapa Aril dan Akim yang menjadi tunggak cerita itu mesti berebutkan perempuan a.k.a heroin. Lame..Spoil gile. Macam takde konflik laen. Eyh? merapu pulak aku.. Dah tak suke tuh tak payah ar tengok, ye tak? haha..

Tapi kan, korang perasan tak persamaan kedua-dua heroin cerita tu untuk Season 1 dengan 2? Mula - mula aku pun tak perasan. Korang perasan? Mari kita usha same-same. Tengok IQ sape lagi brilliant! heh

Kau dan Aku season 1, heroin dia Mila AF.



Kau dan Aku season 2, heroin dia Anith (aku pun tak penah kenal die)




Baru aku paham citarasa director cite nieyh.. heee
Agak-agak, Season 3 sape jadi heroin eyh?

mungkin Scha? (Hoiy! sapekah yang meng adobe Scha nieyh? heh)



atau mungkin Billionnaire? heee :P (jangan sentap aaaaa)

***

Bosanlah.. Kerja banyak, malas nak buat. Haish!

Monday, January 10, 2011

Hubungan



Kepada rakan-rakanku dynoz sekalian...

Nak tanya sikit..Perlu ker boyfriend kita dipersetujui rakan-rakan baek kita eyh? Orang kata lagi berkat relationship tuh kalau orang suka/bagi izin. Lagi-lagi mak bapak sendiri kan? Tapi kan, theoretically, ok ke tak eyh?

Abes tuh, kalau kawan tak suke, nak buat macam mane eyh? Merayu? Buat dunno je? Ataw buang kawan, agungkan boyfriend? Or maybe vice versa?

Hurm???? Orang kata Cinta itu Buta. So, orang yang bercinta mungkin buta dalam pemikiran rasional, tak tahu yang mana satu tindakan yang baik, tak tahu yang mana satu tak baik. Jadi peranan orang luar di situ penting. Tetapi janganlah sampai orang luar itu sendiri cuba berperanan mendominasi hubungan privasi sendiri kan?

Kalau pilihan kita baik (insyaAllah), hubungan kita dengan rakan-rakan pun akan baik, dengan ibu bapa takkan ada masalah apalagi hubungan kita dengan Yang Esa kan?

Hubungan itu penting :)

Saturday, January 8, 2011

K.A.M.I

Ada orang panggil kami 7 dwarfs

Ada orang panggil kami sisterhood 7

Ada orang panggil kami tujuh serangkai

Setiap kali kitorang berjalan, ada saje orang yang main kira-kira,

"Hurm...1..2..3..4..5..6......... eyh? mana lagi sorang?" memang typical question.

***



Blog ini tentang kami..

Blog ini tentang hidup kami..

Blog ini tentang luahan perasaan kami..

Mari kita sama-sama kongsi rasa. Rasa tujuh manusia berlainan rupa dan sifat. Tentang persahabatan penuh liku, konflik dan kegirangan. :)

p/s: kepada otai-otai, mintak tunjuk ajar.. teehee~