Wednesday, January 19, 2011

Kami perempuan. Kami perempuan normal. Kami straight.

Malam tadi kami bertemu seorang lelaki yang tersangatlah awkward. King Awkward bukan King Edward. Heh. Dia merupakan kenalan kepada senior tua dua tahun daripada kitorang as known as Charlie. Kira kitorang ni macam Charlie's Angels ah. Hoho




Kenapa kitorang panggil rakan Charlie ni awkward? Sebab dalam masa lebih kurang 2 jam, dia langsung tak bercakap hatta satu ayat dengan kitorang. Macam-macam usaha kitorang try nak bagi dia bercakap. Siap tanya soalan bodoh-bodoh lagi. Soalan yang adek sedara aku tak masuk tadika lagi boleh jawablah. Setakat, "Nama ko sape ye?", "Ko housemate dengan Charlie yer?", "Ko single ker double eyh?", "Ko asal mana yer?". Langsung tak jawab. Nada. Yang dia cuma tahu, Senyum.. Senyum.. Senyum.. Aku tahulah senyum seindah suria. Tapi, agak-agaklah derr. heh

***

Antara dialog yang berkenaan;

Mimie : Weyh, ko pakai cincin tuh batu ape yer?
Awkward guy : (Senyum seraya memandang Charlie)
Mimie : (Masih berusaha) Weyh, delima eyh? ker batu ape?
Awkward guy : Suasa.
Kami + Charlie : Yearghh!!!!!!!!! Akhirnya!!!!!!!!! 

Itulah satu-satunya perkataan yang kami dengar dari mulut dia malam itu. Wow! Record dunia. Sangat hebat!

***

Satu momen di mana rakan-rakan aku meninggalkan aku dengan Charlie berdua-duaan di pintu utama CS (City Square Johor Bahru);

Aku : Hurm, kawan-kawan ko memang camtuh yer? Kenapa semua kawan-kawan ko pemalu, ko tak? Hee
Charlie : HAHAHAHAHA (gelak besar). Tak tahu lah weyh
Aku : Dia memang camtu ker even borak dengan ko? Eysh. Peliklah
Charlie : Takdelah, Dia ok jer sembang dengan aku tadi. Hihi
Aku : Takdelah. Sebelum ni pun ko bawak kawan yang lebih kurang jer dengan yang ini. Sama jer pemalu.
Charlie : Eyh. Aku tak tahu kenapa, bila kawan-kawan aku jumpe korang jer diorang otomatik jadi macam tu. Dengan orang lain ok jer. Sebab korang kut. Heh
Aku : Oyte! Kitorang perempuan normal jugak.
Charlie : Perempuan ker? Kahkahkah

Syot! Senget betol! Kami still straight okeh?masih m Menuju ke jalan yang benar  :)

7 comments:

What say you?